dari mula,
dari mula aku merasakan,
hubungan ini,
kau dan aku takkan berjaya.
kau berbeza,
sangat berbeza,
dan tentang itu aku suka,
namun,
sebenarnya itu yang membimbangkan aku.
kau, kerjaya, hobi dan rakan
mampukah aku terima semuanya?
semua yang kau punya,
ada dalam carta lelaki impian aku sebenarnya,
cuma aku,
masalahnya memang aku,
kerana aku tahu tentang satu perkara,
AKU AKAN HANCUR
jika kita bukan takdirnya,
aku akan hancur
hancur yang tiada cantumannya.
teruskan semua yang kau lakukan,
aku suka,
itu sebenarnya kau,
tarikan kau berbanding semua,
percaya kata ku ,
kerana aku rasakan itu .
sokongan akan tetap aku berikan,
walau bukan sebagai kekasih,
hanya sebagai teman,
aku tetap akan menyokong,
menyokong dengan sokongan padu,
hingga kau meminta ku untuk berhenti memberi,
percaya padaku.
namun bukan takdir kita,
untuk bersatu sebagai sepasang pasangan,
mungkin hanya sepasang teman.

