aku hanya memendam,
memendam rasa dalam hati,
rasa yang tidak aku mahu ungkap,
rasa yang tidak aku reti ungkapkan.
entah,
aku buntu,
buntu kerana sebenarnya aku tidak tahu,
apa sebenarnya rasa aku ini.
aku hanya mahu jaga hati,
hati kau yang aku sayangi,
namun aku hanya pura-pura memahami,
atau sebenarnya aku memang belajar untuk berubah dan memahami.
namun kadangkala hati aku murka,
sering rasa terluka,
tapi aku pendamkan sahaja,
kerana aku mengharapkan cinta,
tapi entah kenapa,
punya suara mengatakan ini takkan berjaya,
kau dan aku takkan berjaya,
mana datangnya suara itu ?
benarkah kata nya ?
atau hanya ingin menduga.
entah,
hendak percaya mahupun sebaliknya,
kau sahaja yang tahu,
tahu bagaimana caranya untuk aku tentu kan

