salah siapa ?

kehilangan yg diciptanya menyebabkan meratapnya si ibubapa ,
menangisi kehilangan si gadis tercinta ,
kesedihan yg dialami tidak ubah seperti  ...
kesedihan pabila menerima berita kematian sesorang yg rapat dgn diri sendiri atau ... ia jauh lebih parah .

berita kehilangannya , bukan sahaja berkesan di dalam jiwa malah di dalam kotak fikiran si ibu .
setiap masa dan ketika .


''selamatkah anakku , dengan siapakah anakku , apa yg terjadi kepada anakku tika ini  ... Ya ALLAH !! '' 

(rintih si ibu , tangisan si ibu yg tiada bandingannya . kesakitannya dpt dilihat dari tangisannya  namun tiada apa yg dapat menggantikan kesakitan yg terbit dalam hatinya dan raungan yg dilaungkan dpt diertikan betapa sakit nya si ibu merindukan si anak yg tiada )


mungkin si ibu mmg begitu , 
pabila kata-kata amarahnya mula berbutir , 
seumpama percikan api gunung berapi yg membunuh hati ,
hati anak muda yg masih mentah utk menerima percikan api nya , 

mungkin bg nya , 
nasihat ibu itu tidak cocok benar rasa nya , 
siapa lagi hendak dicurahkan rasa ?
jika si ibu pun turut memcerca .

bermula kisah sebenarnya ,
ia bermula dengan rasa ,
jangan cabul perasaannya , 
kerana dia hanya manusia ,
manusia yg baru belajar mengenal erti dunia ,
dunia yg penuh pancaroba , 
dan dia hanya manusia yg memerlukan pendamping setia disisinya . 


JADI , IANYA SALAH SIAPA ? 


p/s : bukan niat utk menyalahkan sesiapa , hanya sepasang mata yg memberi pandangan berbeza .