Pengalaman bercinta dan kecewa adalah satu perkara biasa bg semua remaja kiranya . jadi bukan lah satu halangan utk membuka wadah tentang topik kau dan aku . *tetibe pulak post aku jd skema gilakk .
Kau dan aku
1. Kau adalah insan yg pernah menjadi seseorang yg special utk diri aku dan dia mempunyai nilai yg tinggi dalam hidup aku dan mungkin adalah seorang yg begitu penting pada satu ketika dahulu .
2. Kau juga mungkin merupakan pengalaman indah yg pernah singgah sebentar dalam hidup aku .
3. Juga , pengalaman yg pahit dan kau banyak mengajar aku erti kehidupan .
4. kau merupakan seorang insan yg mengajar aku erti pengorbanan , kesetiaan , kekecewaan , kebahagiaan , kebenaran dan penipuan .
Okay enough utk beriauu bagai ni . geli pulak bila tulis macamni .
*even sebenarnya aku ada kat kampong , feel ala-ala mencari ilham seolah-olah seorang penulis novel cinta yg sedang khusyuk mencari bahan tebaik utk novel nya . ahaks . (over, dah dah ! )
KAU
Beri aku kebahagiaan . ya , itu aku pasti . bahagia yg tidak pernah aku rasa kan bersama yg lain.
Beri aku pengertian ttg sesuatu hubungan bukan lah suatu kepastian dan kekal utk selamanya .
Beri aku pengetahuan ttg pengetahuan yg tidak pernah aku ketahui dan terfikir utk ketahui.
Beri aku satu rasa yg belum pernah aku rasa , dan kau yg pertama dan tidak aku harap utk menjadi yg terakhir .
Utk kau , ya , kau . siapa lg . aku tuju kan post ini hanya utk kau . bukan insan lain .
Tak perlu lah kau berpura utk mengambil hati orang . Cuma jadi siapa kau sebenarnya . kerana kau tidak seburuk y kau sangka .
Kalau aku boleh terima kau siapa sebenar nya kau , tak mungkin orang lain tidak boleh terima kerana aku yakin , diri kau yg sebenar lebih mulia dari kau kira .
Tidak perlu berlakon hanya utk memuaskan hati sesetengah pihak , dan tidak perlu berpura hanya merela kebencian dari yg lain . aku tidak akan benci kau dgn kepura-puraan rekaan kau , kerana diri kau sebenar telah terlebih dahulu telah aku kenali . dan kau hanya akan aku benci tanpa melakukan apa .
Aku bukan tk mahu utk memahami apa yg berlaku cume aku tidak pasti mengapa ia berlaku namun aku menerima dgn redha . ya , aku menerima kerana bg aku , kau merupakan pengalaman indah bt aku . dan aku tak mahu melupakan kau dan aku akan ingat kau sebagai pengajar aku yg paling hebat . benar , kau yg TERHEBAT . tp itu semua dahulu .
dan kau , YA kau !
hadapi semua nya dgn tabah kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah .
dan itu , yg akan bt kau lebih tabah utk kehidupan mendatang .
dan kau igt , setiap kesakitan itu akan hilang apabila masa nya tiba .
dan kau , YA kau !
kau mampu hadapi semua dugaan yg menimpa kau . aku tidak pny kesempatan mahupun ruang utk menjadi penasihat dan pendengar setia kau lagi .
namun , satu pesan aku .hadapi semua nya dgn tabah kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah .
dan itu , yg akan bt kau lebih tabah utk kehidupan mendatang .
dan kau igt , setiap kesakitan itu akan hilang apabila masa nya tiba .
فَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Maksudnya; Maka Allah sekali-kali tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka sendiri. AMAL KAN ! ini shaja cara yg aku mampu utk bantu kau saat kau susah dan sedih . kerana aku cuma mengharapkan kebahagiaan dalam hidup kau .
DOA SAAT GUNDAH DAN BERDUKA
اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِـيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِـيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِي، وَنُوْرَ صَدْرِي، وَجَلاَءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ.
121.“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan kesedihan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat bakhil dan penakut, dari desakan hutang dan penindasan orang“.[2]Quote:
DOA UNTUK KESEDIHAN YANG MENDALAM
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمِ
122.“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Agung dan Maha Lemah Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia“.[1]
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ
123. “Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, janganlah Engkau serahkan (segala urusanku) kepada diriku walau sekejap mata, perbaikilah segala urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau“.[2]
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ
124.“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim“.[3]
اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئاً
125. “Allah, Allah adalah Tuhan-ku, tidak akan aku menyekutukan-Nya”.[4]
p/s : aku doa kan agar kau bahagia utk kehidupan kau yg akan dtg . dan selamat tinggal romeo . *eceh , mcm zaman purba pulak rasa nya . semoga berbahagia . ohh , lupa . kau pasti akan berbahagia . doa ku senantiasa mengiringi mu . insyaALLAH .
walau kau bukan utk aku , aku ttp ingin kau bahagia . ASSALAMUALAIKUM .






